SUKU MAKIANG SEPATUTNYA DI IKTIRAF SEBAGAI SATU BANGSA
Menurut beberapa sumber, Suku Makiang kebanyakannya membuat penempatan di sepanjang Pesisir Pantai Sungai Milian yang kini dikenali sebagai Sungai Kinabatangan. Suku-suku Makiang ini pada kebiasaanya tinggal di kawasan-kawasan anak sungai dan juga di pesisir pantai Sungai Milian.
Apa yang di kesalkan oleh beberapa Tokoh Suku Makiang, Suku Bangsa Makiang ini tidak di daftarkan dalam senarai Bangsa-Bangsa Dalam Negeri Sabah. “Apa yang kita dapat lihat pada hari ini ialah Suku Makiang hanya dimasukkan dalam kelompok Bangsa Sungai, sedangkan Suku Makiang ini hanya ada di sepanjang pesisir pantai Sungai Milian dan tidak terdapat di mana-mana dalam kawasan Negeri Sabah.” Menurut apa yang dikatakan oleh En.Lokman Bin Jawa. dan En. Akuah Bin Saukoi, “sepatutnya Suku Makiang mendapat status sebagai satu BANGSA dan bukanya sebagai SUKU. Ini kerana dalam Makiang masih ada suku-suku seperti Segama,Kuamut, Milian dan Timbawang.” Ketika penyelidikan dan pemantauan yang dibuat , kebenaran dakwaan tersebut memang adalah benar. Semua suku dalam Bangsa Makiang ini mempunyai sebutan yang hampir sama meskipun loghatnya ada sedikit berbeza.
Kampung Purutawoi merupakan sebuah kampung yang terletak di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah Tongod, Kinabatangan. Dari pada 15 buah kampung utama di sepanjang pesisir pantai Sungai Milian, Kampung Purutawoi merupakan antara kampung yang tertua dalam Daerah Tongod sejak sebelum Perang Dunia yang ke-2. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, nama Kampung Purutawoi wujud sempena sebuah pulau yang terdapat di tengah-tengah Sungai Milian. Pulau tersebut adalah antara pulau yang panjang dan lebar pada waktu itu Dianggarkan keluasan pulau tersebut lebih kurang 300 meter panjang x 75 meter lebar .
Dalam Bahasa Makiang, “Pulau” itu bermaksud PURU dan “Panjang lebar” itu bermaksud ATAWOI. Nama kawasan tersebut pada waktu dahulu masih dikenali sebagai PURU ATAWOI.
Namun ketika mendaftarkan nama tempat tersebut sebagai Satu Kampung, nama tersebut diringkaskan sebutanya sebagai PURUTAWOI seperti pada hari ini.
Kampung Purutawoi pernah ditadbir dan dipimpin oleh beberapa Tokoh Makiang sejak sebelum perang dunia ke-2. Biarpun ada beberapa pemimpin dahulu tidak diketahui nama dan latar belakangnya, namun masih ada sebahagian daripada Tokoh-tokoh tersebut dapat dikenal pasti pada hari ini meskipun hanya tinggal nama. Antara pemimpin Kampung Purutawoi yang diberi kepercayaan sebagai Penghulu pada masa dahulu ialah;
PENGHULUNOMBOR DUA (2)
A)Orang Tua Buai En. Janggai B.
B)Tawaki Bin Gagah En. Bunana B. Janggai
C)Orang Tua Janggai Amir Hassan B. Gagah
D)Bunana Bin Janggai Amir Hassan B. Gagah
E)Amir Hassan Bin Gagah En. Saukoi B. & En. Anggarun B. Banua
KETUA KAMPUNGNOMBOR DUA (2)
F)Lokman Bin Jawa En. Musibah bin Tolomok
G)Moyoko Bin Utai En. Tail bin Pinsil
H)John bin Sabara (SEKARANG) ?
Pada masa pemerintahan sebagai Penghulu Kampung Purutawoi, Orang Tua Buai telahpun sudah menentukan persempadanan Kampung Purutawoi – Kuala Tongod (bahagian hilir) dan persempadanan Kampung Purutawoi – Kampung Tampasak (bahagian ulu). Di anggarkan keluasan Kampung Purutawoi melalui jalan air iaitu mengikut jalan pesisir pantai Sungai Kinabatangan - jika menggunakan Out-boat lebih kurang 10 literpetrol untuk jenis 15 YAMAHA. Antara nama-nama tempat dalam jajahan Kampung Purutawoi adalah seperti berikut: Dari hilir; Nikupang, Langa, Mangkaratong, Koko, Kinatinuan, Talibu(hilir), Barat, Nisuabon, Amas-amas, Talibu(ulu), Pangidoron, Gumantong, Lumantayap, Kimalapi, Kimantimus, Karabau, Kitatayan, Kinggaton, Kimamuwow, Purutawoi, Linuud, Kadadalong, Kalulumad Podok, Niapoi, Nisorob, Kitumuo dan Kalulumad Maayo.
Meskipun persempadanan sudah di tentukan di bahagian hilir dan ulu Kampung Purutawoi namun kebebasan orang ramai untuk keluar masuk ke dalam kawasan Purutawoi tidak di sekat. Mungkin kerana pada waktu itu masih mengamalkan cara hidup berpindah rendah untuk aktiviti kegiatan pertanian. Mungkin atas sebab itu jugalah kenapa kawasan jajahan Kampung Purutawoi agak luas pada waktu itu. Orang luar yang bukan penduduk Kampung Purutawoi, juga di beri keistimewaan untuk masuk dan keluar dari kawasan Purutawoi untuk aktiviti pertanian sendiri. Kekuatan budaya bertolak ansur kepada sesama jiran pada waktu dahulu membuatkan keamanan tanpa perselisihan diantara jiran kampung amat terpelihara.
EN.GAGAH DAN AHLI KELUARGA MENGANUT KEPERCAYAAN PAGAN
En. Gagah adalah orang Purutawoi yang mendapat isteri, Puan Dalami dari suku Rumanau iaitu dari Kampung Mangkawago.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, En.Gagah dan ahli keluarga adalah penganut Agama Muslim sejak dari nenek moyang lagi. Namun atas nazar yang terlepas untuk mendapatkan anak lelaki, En.Gagah terpaksa menganut Agama Pagan selepas mendapat anak lelaki yang pertama iaitu Amir Hassan @ Ambirasan sebelum mendapat sekali lagi anak lelaki yang kedua iaitu Utai. En.Gagah dan Puan Dalami di kurniakan empat orang cahaya mata. Berikut adalah anak-anak En.Gagah hasil perkongsian dengan Puan Dalami mengikut urutan; a). Sumah (P), b). Amir Hassan @Ambirasan (L), dan c). Utai (L).
Selepas sekian lama hanya sebagai Pembantu Penghulu kepada dua orang Penghulu iaitu Orang Tua Janggai dan Bunana Bin Janggai, akhirnya Amir Hassan @ Ambirasan Bin Gagahdilantik sebagai Penghulu Kampung Purutawoi yang ke-5. Namun tiada fakta yang boleh menyatakan bulan dan tahun perlantikan itu di buat. Ini adalah kerana perlantikan Penghulu pada waktu dahulu hanya menggunakan Upacara Adat untuk melantik seseorang tanpa menanda tangani sebarang dokumen.
Wilayah Jajahan Kampung Purutawoi tidak pernah bertambah namun tidak juga pernah kurang sejak dari Orang Tua Buai menjadi Penghulu Kampung Purutawoi sehingga Amir Hassan @ Ambirasan mengambil alih tanggungjawab sebagai Penghulu Purutawoi.
Sebagai tanda ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Purutawoi kerana memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Penghulu, Amir Hassan @ Ambirasan telah berpindah Pusat Pentadbiran dari Kalulumad Podok ke Kampung Nikupang (kawasan sempadan bahagian hilir). Pusat Pentadbiran Kampung Purutawoi yang baru ini mempunyai kedudukan strategik dalam memenuhi keperluan penduduk mengikut peredaran masa. Selain berhampiran dengan Pejabat Daerah Kecil Tongod, Klinik Kesihatan dan sekolah juga turut ada tersedia.
Sebelum itu, sejak Pemerintahan Parti USNO lagi Penghulu Ambirasan pernahmemohon sekolah rendah kepada Kerajaan Negeri untuk kemudahan Penduduk Purutawoi. Namun atas beberapa konspirasi dilakukan oleh orang-orang tertentu, akhirnya Projek Sekolah tersebut telah dipindahkan ke Kampung Tampasak.
Selepas Parti USNO rebah ke pangkuan Parti Berjaya,. Ambirasan sekali lagi mencuba nasip untuk memohon sekolah yang sama untuk Penduduk Purutawoi. Dengan harapan Kerajaan Negeri akan beri kemudahan Klinik Kesihatan jika sekolah rendah tersebut sudah wujud nanti. Sebagai Wakil Rakyat yang prihatin dengan keperluan rakyat, Mendiang Haji Malek Chua pada waktu itu telah cuba memainkan perananya sebagai Wakil Rakyat dan memenuhi janji yang sudah di laungkan ketika kempen Pilihan Raya.
Tanpa menjelaskan sebenar jenis sekolah tersebut, YB Haji Malek Chua mengajak Penghulu Ambirasan memindahkan Pusat Pentadbiran Kampung Purutawoi dari Kampung Nikupang ke Kampung Kalulumad Podok kerana sekolah yang pernah diminta dahulu akan didirikan berhampiran dengan kawasan Pusat Pentadbiran Kampung tersebut iaitu di Niapoi. Selepas hampir 50% bangunan itu siap di bina,Penghulu Ambirasan baru mendapat tahu bahawa Sekolah yang menelan belanja lebih RM100 Juta itu adalah Sekolah Pusat Pengajian Agama Islam.
Akhirnya Projek tersebut tiada kesinambungannya selepas siap kerana Penganut Muslim dalam kawasan Daerah Tongod adalah yang minoriti pada waktu itu. Sedangkan Penduduk Kampung Purutawoi sendiri non muslim sejak dulu sehingga pada hari ini.