SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

Ahad, 15 Ogos 2010

AMIR HASSAN @ AMBIRASAN BIN GAGAH BENTENG AKHIR KAMPUNG PURUTAWOI


AMIR HASSAN @ AMBIRASAN BIN GAGAH
BENTENG AKHIR KAMPUNG PURUTAWOI

Selepas sekian lama hanya sebagai Pembantu Penghulu kepada dua orang Penghulu iaitu Orang Tua Janggai dan Bunana Bin Janggai, akhirnya Amir Hassan @ Ambirasan Bin Gagah dilantik sebagai Penghulu Kampung Purutawoi yang ke-5. Namun tiada fakta yang boleh menyatakan bulan dan tahun perlantikan itu di buat. Ini adalah kerana perlantikan Penghulu pada waktu dahulu hanya menggunakan Upacara Adat untuk melantik seseorang tanpa menanda tangani sebarang dokumen.

Wilayah Jajahan Kampung Purutawoi tidak pernah bertambah namun tidak juga pernah kurang sejak dari Orang Tua Buai menjadi Penghulu Kampung Purutawoi sehingga Amir Hassan @ Ambirasan  mengambil alih tanggungjawab sebagai Penghulu Purutawoi.
Sebagai tanda ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Purutawoi kerana memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Penghulu, Amir Hassan @ Ambirasan telah berpindah Pusat Pentadbiran dari Kalulumad Podok ke Kampung Nikupang (kawasan sempadan bahagian hilir). Pusat Pentadbiran Kampung Purutawoi yang baru ini mempunyai kedudukan  strategik dalam memenuhi keperluan penduduk mengikut peredaran masa. Selain berhampiran dengan Pejabat Daerah Kecil Tongod, Klinik Kesihatan dan sekolah juga turut ada tersedia.

Sebelum itu, sejak Pemerintahan Parti USNO lagi Penghulu Ambirasan pernah memohon sekolah rendah kepada Kerajaan Negeri untuk kemudahan Penduduk Purutawoi. Namun atas beberapa konspirasi dilakukan oleh orang-orang tertentu,  akhirnya Projek Sekolah tersebut telah dipindahkan ke Kampung Tampasak.

Selepas Parti USNO rebah ke pangkuan Parti Berjaya,. Ambirasan sekali lagi mencuba nasip untuk memohon sekolah yang sama untuk Penduduk Purutawoi. Dengan harapan Kerajaan Negeri akan beri kemudahan Klinik Kesihatan jika sekolah rendah tersebut sudah wujud nanti. Sebagai Wakil Rakyat yang prihatin dengan keperluan rakyat, Mendiang Haji Malek Chua pada waktu itu telah cuba memainkan perananya sebagai Wakil Rakyat dan memenuhi janji yang sudah di laungkan ketika kempen Pilihan Raya. 

Tanpa menjelaskan sebenar jenis sekolah tersebut, YB Haji Malek Chua mengajak Penghulu Ambirasan memindahkan Pusat Pentadbiran Kampung Purutawoi dari Kampung Nikupang ke Kampung Kalulumad Podok kerana sekolah yang pernah diminta dahulu akan didirikan berhampiran dengan kawasan Pusat Pentadbiran Kampung tersebut iaitu di Niapoi. Selepas hampir 50% bangunan itu siap di bina, Penghulu Ambirasan baru mendapat tahu bahawa Sekolah yang menelan belanja lebih RM100 Juta itu adalah  Sekolah Pusat Pengajian Agama Islam.

Akhirnya Projek  tersebut tiada  kesinambungannya selepas siap kerana Penganut Muslim dalam kawasan Daerah Tongod  adalah yang minoriti pada waktu itu. Sedangkan Penduduk Kampung Purutawoi sendiri non muslim sejak dulu sehingga pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan