SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

BERITA SEMASA KG.PURUTAWOI.

MESYUARAT JABATAN PERTANIAN TONGOD BERSAMA WAKIL (K.K & JKKK ) BEBERAPA BUAH KAMPUNG DALAM AERAH TONGOD.

TARIKH : 14.04.2011
MASA : 10AM - 11.30AM

AGENDA:
Impak bantuan insentif Jab.Pertanian kepada penanaman 'Padi Tanah Kering' (padi bukit).

ANTARA WAKIL KAMPUNG YANG HADIR:
--------------------------------------------
-PURUTAWOI          -MINUSUH
-KARAMUAK            - LIUPAMPANG
-LINAYUKAN            -dan beberapa kg yg lain dlm daerah Tongod
-MANANAM
-kG.MALIAU

ANTARA YANG BERJAYA DICAPAI DALAM MESYUARAT TERSEBUT IALAH:
Lapan(8) buah kampung(yang ingin terlibat secara sukarela) dilantik untuk menubuhkan satu kumpulan/kelompok petani dan dalam setiap kumpulan hanya disertai oleh 5 orang peserta/petani untuk mengusahakan penanaman 'Padi Bukit' dengan minimum keluasan tanah 10ekar.

TUJUAN PENUBUHAN KUMPULAN/KELOMPOK PETANI ;
pihak Jab.Pertanian ingin membuat kajian keatas 'impak pemberian bantuan insentif' kepada petani-petani dalam Daerah Tongod. Antara lain kajian yang disasarkan ialah ingin mengambil maklumat berhubung hasil 'Padi Bukit' dalam satu(1) ekar berapa tan padi/beras mampu diperoleh.

Setakat ini, harga beras putih yang dapat ditetapkan oleh Jab.Pertanian Tongod adalah hanya RM7.00 per kilo. Harga padi/beras merah akan dibincangkan di kampung masing-masing sebelum menghantar laporan harga kepada Jab.Pertanian Tongod.

MAKLUMAN AKHIR JABATAN PERTANIAN TONGOD SEBELUM MENUTUP MESYUARAT;
-------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak Jab.Pertanian Tongod menyatakan hasrat dan komitmennya bahawa jika hasil kajian melalui lapan(8) kumpulan petani tersebut membawa pulangan yang memberangsangkan (kualiti beras yang baik), Jabatan Pertanian Tongod akan membantu para petani dalam Daerah Tongod untuk keluarkan jenama.....
'BERAS TONGOD'.

3 ulasan:

  1. Tahniah kepada Jab. Pertanian Tongod yang giat mempromosikan program-program pembangunan di Daerah ini dalam konteks ekonomi. Semoga jenama BERAS TONGOD akan tercapai suatu hari nanti.

    BalasPadam
  2. Dengan sokongan yang padu,saya sebagai anak watan di dalam daerah Tongod. saya mengucapkan ribuan Terima kasih kepada Jabatan pertanian yang kini giat didalam program-program pembangunan ekonomi di daerah tongod!!dengan sokongan ini saya juga turut berbangga dengan pengurus-pengurus Jab.pertanian yang tidak pernah mengenal erti penat lelah,syabas!skian

    BalasPadam
    Balasan
    1. BA NGAM LA ITU UNA DELTER KAL;U KO DA IKUT KURSUS SEKTOR PERTANIAN. ADALA GURU KAMI KASI TANAM ITU KALAPA SAWIT. TERUSKAN GOOD JOB !

      Padam