SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

Ahad, 15 Ogos 2010

KAMPUNG TALIBU KELUAR DARI JAJAHAN KAMPUNG PURUTAWOI


KAMPUNG TALIBU KELUAR DARI JAJAHAN KAMPUNG PURUTAWOI
Peralihan Kuasa Kepimpinan Kampung Purutawoi

Kejayaan besar Parti Bersatu Sabah menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri sekaligus menumbangkan Kerajaan Parti Berjaya pada tahun 1985, telah membawa impak besar kepada Sistem Pentadbiran Kampung Purutawoi itu sendiri.

 Antara lain kesan yang amat ketara dapat dirasai oleh penduduk pada waktu itu ialah Sistem Ampuh Wakil Rakyat untuk mendapatkan kuasa. Keadaan ini seolah-olah menyebabkan Penghulu Amir Hassan @ Ambirasan meletakkan jawatan sebagai Penghulu Kampung Purutawoi. Sistem Pemilihan Penghulu yang biasanya menggunakan suara rakyat, kini tidak digunakan lagi dan dianggap sebagai yang lapuk.
 Bijak ampuh Wakil Rakyat bererti bijak mendapat kedudukan. Orang yang pernah di calonkan oleh Penduduk Purutawoi untuk menggantikan Ambirasan jika pencen, tidak dapat “Naik Pelamin” kerana amalan Budaya Baru melanda Kampung Purutawoi mengikut arus perubahan zaman. Budaya Baru ini bak penyakit dikalangan “cendikiawan” Penduduk Purutawoi sehingga wujud satu popolasi baru iaitu
Purutawoi Ulu dan Purutawoi Hilir.
Atas Sogokkan orang luar dan naluri yang teringin mencuba, Sekumpulan Cendikiawan dan Cerdik Pandai Kampung Purutawoi membentuk satu kumpulan untuk memberontak terhadap kampung sendiri. Akhirnya Wilayah Kampung Purutawoi yang mempunyai jajahan sebanyak 28 bahagian kawasan telah terbahagi kepada dua kampung.
Purutawoi Ulu masih menamakan dirinya sebagai PURUTAWOI dan Purutawoi Hilir pula terpaksa berulang alik ke “Jabatan Pendaftaran Negara” untuk menukar nama kepada ALIAS TALIBU. Pada masa kini persempadanan antara Kampung Purutawoi dan Kampung Talibu terletak di kawasan Kampung Amas-Amas. (Sempadan Kampung Purutawoi sebelah Hilir ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan