SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

Ahad, 15 Ogos 2010

KG.TALIBU HAUSKAN SETEGUK KEMEGAHAN


TALIBU BAGAIKAN KACANG LUPAKAN KULIT?


Ketika perubahan Zaman sedang sibuk beralih dari Zaman Batu ke Zaman Besi, Adik si Purutawoi sedang berusaha berdikari untuk kesejahteraan cucu-cicitnya. Sebagai seorang abang, Si Purutawoi merasa bangga kerana Adiknya kini sudah pandai berjalan tanpa dipimpin lagi. Kesibukan mencari sesuap nasi untuk di malam hari, segelintir pemimpin Kampung Talibu hampir terlupa pengorbanan Abangnya memberi restu kepadanya merantau di Tanah Orang untuk mencuba nasib. Setelah sekian lama berjaya dalam hidup, terlupa pula nama Abangnya yang kini meminta perlindungan untuk sehari dua dari ancaman orang luar.



Si Adik menganggap Abangnya ini adalah orang asing dan memang layak diusir keluar dari pagar Rumah Banglonya. Kisah ini mengingatkan pula aku tentang cerita lagenda dalam satu buku cerita di sekolahku dulu.
Jika tak silap tajuk buku cerita tersebut; SI TANGGANG MENDERHAKA KEPADA IBUNYA. Sinopsis cerita ini mengisahkan seorang anak yang tidak mengaku ibu kandungnya sebagai orang tuanya selepas berkahwin dengan anak perempuan orang kaya.
Bak kata pepatah: Bagaikan kacang lupakan kulitnya. Terlupa asal-usul adalah perkara remeh jika diremehkan. Namun menjadi satu sifat yang mengaibkan jika kita masih ada rasa malu. Apa pun yang berlaku kini Si Purutawoi tidak pernah merasa kesal dengan apa yang sudah di korbankannya untuk Adik Kandungnya kerana baginya itu semua adalah Korban Ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan