SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

Ahad, 15 Ogos 2010

SIAPA SEBENARNYA PENCEROBOH KAMPUNG?

Siapa Sebenarnya yang patut dianggap penceroboh?

Dalam ruangan ini, suka untuk saya membawa anda semua ke satu tempat yang menarik pemandangannya. Sebelum kita bertolak ke sana, suka juga saya mengingatkan bahawa tempat tersebut bukanlah air terjun Niagara dan bukan pula di Kutub Utara untuk melihat matahari terbenam disebelah petang. Meskipun tempat ini semakin kering kontang dan sunyi namun banyak perkara yang kita boleh belajar bersama untuk pedoman anak-anak kita dikemudian hari.

Antara yang menarik perhatian saya sendiri, bukanlah cerita pasal Pelangi; jika ditunjuk guna jari telunjuk, nanti alamatlah jari tu jadi buruk. Tetapi bukanlah pula cerita pasal Si Aki Along yang tunjukkan kehebatanya melawan seekor harimau melompat menyeberang Sungai Kinabatangan, yang akhirnya si harimau merelakan kepalanya dipotong percuma olah Si Aki Along.

Tetapi apa yang saya ingin berkongsi cerita dengan saudara ialah tentang tuduhan terhadap segelintir Penduduk Purutawoi menceroboh kawasan kediaman Penduduk Talibu oleh orang yang tidak dikenali. Apa yang dikesalkan ialah orang tersebut menggunakan ilmu hitamnya supaya orang ramai tak nampak siapa todoh siapa. Jika perkara tersebut adalah benar kenapa tidak tampilkan diri untuk menjelaskan perkara sebenar. Dengan cara ini tak perlulah buat cerita dongeng seperti SANG KENCIL DENGAN BUAYA. Korbankan orang lain untuk menyeberang Sungai Milian taklah sehebat dengan cerita lagenda Si Aki Aleong.


Melalui beberapa sumber tertentu mengatakan, kononnya ada segelintir Penduduk Purutawoi menceroboh kawasan Talibu kerana membuat penempatan secara haram tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu kepada Pemimpin Talibu sebelum tinggal di rumah kosong (Projek Perumahan Perhutanan Masyarakat ) dalam kawasan Kampung Talibu.

Ekoran daripada dakwaan ini kepimpinan Kampung Talibu telah mengeluarkan surat arahan supaya penduduk Kampung Purutawoi yang terbabit dapat mengosongkan segerah rumah tersebut.
Persoalannya, betulkah penduduk terbabit tinggal di rumah tersebut tanpa pengetahuan Pemimpin Kampung Talibu? Sedar tak sedar persoalan ini mengingatkan aku tentang cerita Orang Halimunan itu rupanya bukanlah satu cerita Mitos!

Menurut maklumat yang diterima, penduduk Purutawoi yang terbabit sudah lama tinggal di situ seawal tahun 2005 lagi. Malahan ada diantara penduduk terbabit terpaksa membantu mendirikan perumahan tersebut atas nama penduduk Talibu itu sendiri sebelum tinggal untuk sementara kerana Penama Perumahan tersebut tidak pernah tinggal tetap di Kampung Talibu.

Yang menghairankan saya bagaimana Pemimpin Kampung tersebut memantau keadaan penduduknya sehingga satu buah rumah yang dibina oleh Orang Asing dalam timpoh 2-3 bulan, tidak dapat dikesan dalam tempoh lima tahun? Kenapa baru disedari pada awal tahun 2010 yang kampungnya ada penceroboh? Mungkinkah juga penduduk Purutawoi terbabit ada kuasa yang luar biasa seperti cerita dongeng Si Momodow yang boleh membina bangunan rumah dalam tempoh kurang dari 5 minit saja?

Jika kita ingin memperbesarkan isu ini, rasanya Kampung Purutawoi masih ada saksi yang boleh memberi keterangan tentang SIAPA CEROBOH SIAPA. Melalui maklumat yang diperolehi, sejak awal bulan January 2010, ada empat (4) buah keluarga Penduduk Purutawoi yang dianggap menceroboh hanya kerana tinggal di rumah kosong yang dibangunkan oleh Projek Perumahan Perhutanan Masyarakat yang di kawal selia oleh Yayasan Sabah sendiri.

Tapi apa kata pula jika kita mempersoalkan kependudukan lebih sepuluh (10) keluarga penduduk Kampung Talibu yang mendirikan  rumah sendiri di kawasan tanah Purutawoi? Melalui tinjauan rambang mendapati, 4/10 dari penduduk Talibu yang mendirikan rumah sendiri itu menjalankan perniagaan Kedai Runcit yang berlesen. Bukankah ini menunjukkan bahawa segelintir penduduk Talibu di tanah Purutawoi ini mungkin menunjukkan minat untuk berpindah kampung dari Talibu ke Purutawoi?


 GAMBAR ATAS dan BAWAH: Antara penempatan penduduk Kampung Talibu yang mendirikan  rumah sendiri di kawasan tanah Kg.Purutawoi.


 GAMBAR ATAS : Deretan rumah ini adalah rumah sebahagian penduduk Kg.Talibu yang berada di dalam kawasan tanah Kg.Purutawoi.



Kawasan Pekan Tongod, Kinabatangan taklah sebesar mana yang disangka orang.
Jika ada perkara yang perlu dibincangkan tak perlulah guna orang tengah untuk sampaikan mesej sendiri. Melihat Plan Town Ship Tongod, Kampung Purutawoi dan Kampung Talibu kelihatannya masih sebagai adik-beradik dan gunakanlah kesempatan ini untuk membincangkan perkara yang mungkin perlu dibincangkan.

Melalui ruangan ini bagi saya sudah cukup untuk mencerminkan tentang bagaimana lemahnya perhubungan kumonikasi diantara Talibu dan Purutawoi pada hari ini.
Dimanakah sudah kecerdik pandaian Talibu-Purutawoi dahulu sehingga orang luar ketawakan kita selepas perkara kecil ini tersiar dimuka umum?
Bukankah itu juga boleh mengaibkan kita jika orang luar mempersoalkan kebijaksanaan kita dahulu - satu kampung dahulu boleh di belah dua seperti tembikai saja?
Hanya isu seperti ini kenapa kita tidak dapat selesaikan secara senyap-senyap seperti pada waktu Kg.Talibu keluar dari Kg.Purutawoi satu ketika dulu?







 Penghuni rumah dalam gambar ini antara yang menerima 'Surat Arahan Keluar'.






Antara rumah Kg.Talibu yg diduduki Penduduk Kg.Purutawoi (atas kerelaan pemilik rumah itu sendiri) diusir KELUAR...!










____________________________________________________________________________________________________
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GAMBAR ATAS : Plan Sempadan Kg.Purutawoi dan Kg.Tongod




 Klik Untuk  Kembali Ke SENARAI PAUTAN

11 ulasan:

  1. Mungkin Pemimpin Kg Talibu Harus peka tentang hal-hal sebegini..

    Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin Kg.Talibu...!!!!

    BalasPadam
  2. waa...banyak juga rumah penduduk kg.Talibu ceroboh tanah kg.Purutawoi....!!!

    ***baiknya hati para pemimpin kg.Purutawoi. dorang tak bising2 pun****


    alaaa...baaru satu, dua buah rumah kg.Talibu kena huni ole penduduk Kg.PURUTAWOI, segelintir pemimpin kg.Talibu suuuudah huru-hara macam tabuan yang kena jolok sarang dia...!!!

    ***busuknya hati dorang ni... langsung tiada sifat belas kasihan. orang Makiang bilang "aidon inawo araai tanam so musanguna".

    BalasPadam
  3. HAHAHAAAA.....!! AKU SETUJU SAMA SI SULOD 'ANAK JATI PURUTAWOI'.

    PATUT KITA SALING BANTU-MEMBANTU DAN BUKANNYA MENYUSAHKAN SESAMA KITA..

    BETUL KAH UNA?

    MEMANG BETUL BA....!!

    BalasPadam
  4. Orang Lilingkuan(dulu) now(kiliwatong)27 Januari 2011 pada 2:07 PG

    bah..bagus jga mcm tu bah.penghulu nda bising2..gpun,bukan jga ada gaduh2 yg teruk2 kan..paling awarong mutulung2 toko..paling awarong,,mupasas monosop..ehehe..isai kalapik mogulu..kan bos..eheehehe...

    BalasPadam
  5. SEBALI KUA !!!!!!!! LIMA PENOMBOK SUKUP.

    ATUR BAIK BAIK JANGAN PILIH PILIH BULU HARUS ADA PENYELASAIAN. KALO DUDUK MEJA BULA , BULATKAN HATI TOLONG MENOLONG. JANGAN BULATKAN MATA ANTARA SATU SAMA LAIN.

    SAYA GUSTI TAK ADA HAL TAPI BUKAN ITU PENYELASAIAN. MAKA GUNANYA JKKK DAN KETUA KAMPONG DAN PENGLIMA DALAM HAL INI.

    JANGAN SAMPAI ORANG KAMPONG HANTAM ITU PENGLIMA, KETUA KAMPONG DAN ITU JKKK.

    TUGAS MEREKA PEMIMPIN KEPADA ORANG KAMPONG
    SEPERTI BERIKUT;-
    1. MENJAGA KEAMANAN SEJAGAT.
    2. MENJAGA KEBAJIKAN/BANTUAN KEPADA ORANG KG.
    3. KERAMAHAN PENDUDUK KAMPONG PEMIMPIN TANAMKAN.
    4. KERJASAMA RAKYAT KAMPONG TUGAS PEMIMPIN.

    PENASIHAT TANGON TANGON

    BalasPadam
  6. betul itu una, duduk meja bulat bincang bagus2 itu masaalah dan kesalahan. jangan maincakap2 saja di belakang. macamana orang tau kalau orang lain enda bagitau itu masaalah...

    sebagai pemimpin, dorang ni patut jadi teladan yang baik untuk hal2 yang baik.
    macamana orang mau hormat pemimpin kalu main tikam belakang. kesian belakang kawan kena tikam2. sakit ba itu... duduk la di meja bulat berunding sambil minum milo atau kopi.

    BalasPadam
  7. 888 ***PENASIHAT TANGON TANGON BERKATA ***888

    KAWAN KU KG TALIBO DAN KG PURUTAWOI, CIS AKU RABA RABA BA HATI KAMU ORANG. KITA INI SATU ASAL USUL MAKA NYA KITA SEMUA SAUDARA.

    KALAU FIKIRAN NAA SATUA SATUA [DODOPAT] MAKA KALAU KAWAN RABA PASTI DIA GIGIT KAU.

    TAPI KALAU SAUDARA MESTI KITA BINCANG DENGAN SEBAIK BAIKNYA DALAM SUASANA GEMBIRA.OH TAMBOL.

    AKU INI CUMA BISIK CAKAP SAJA SEBAB SAYA TAK TAHU PASAL ORANG KG.

    SAYA TAU PASAL KAMPONG SJ SUPAYA KAMPONG JANGAN TERGADAI DAN JANGAN DI MILIKI ORANG YANG TIDAK BERTANGGONGJAWAB.

    INGAT ITU SAUDARA SAUDARA KU. AKU INI LABOO AWARONG BAA JATUH PUN BANGUN SENDIRI SJA.

    LAWAN KU TAK HABIS2 C TOMPONG [TAPAI BERAS]

    TAK LUPA TUHAN.

    *8*

    BalasPadam
  8. INGAT LA BAHAWA KITA DULU2 PERNAH TINGGAL SEBUMBUNG..KALAU PIGI MENGAAS PUKOT TABALIMPAS JUGA..KALAU PIGI RUMIRIK PN BA'TOLONG2 JUGA..APALAGI MENUAN KN..NAH LEPAS MENUAN ARAMAI TI TAK KIRA ORG PURUTAWOI KH?..ORG TALIBU KH?..DUDUK SAMA2 MAKAN KINUPI SAMA TINAMBAK..ARAMAI TI PN 1 TEMPAYAN 2 OLON..ASUABAN MEMBASOG SAMA..KALAU HAL MCM NI PN MAU KECOH ADUINAH..APALA ORG LUAR AKAN FIKIR KN..MKSD SY KG2 LAIN BA...FIKIR2 LA BOH ONA..HIHIHIHIHIHIHI

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm yezzz,,that truee,,,,eheheheh

      Padam
  9. anak jati purutawoi11 Mei 2011 pada 8:14 PG

    hahahaha...banar'a ono una.
    daa boli mu'alod2.

    BalasPadam
  10. anak jati purutawoi11 Mei 2011 pada 8:19 PG

    saya dengar, bulan lalu tu org harapan Kg.Purutawoi mengedar surat "arahan pindah" kepada beberapa pnduduk kg.Talibu yang bertapak dan telah mendirikan rumah kedai di Tanah Kg.Purutawoi. bukan membalas tapi dia juga ikut arahan org atasan. harap2 dorang dpat slesaikan hal2 sperti ini dngan aman.

    BalasPadam