SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

Ahad, 15 Ogos 2010

PENTADBIRAN DAN JAJAHAN KAMPUNG PURUTAWOI


PENTADBIRAN DAN JAJAHAN KAMPUNG PURUTAWOI


Kampung Purutawoi pernah ditadbir dan dipimpin oleh beberapa Tokoh Makiang sejak sebelum perang dunia ke-2. Biarpun ada beberapa pemimpin dahulu tidak diketahui nama dan latar belakangnya, namun masih ada sebahagian daripada Tokoh-tokoh tersebut dapat dikenal pasti pada hari ini meskipun hanya tinggal nama. Antara pemimpin Kampung Purutawoi yang diberi kepercayaan sebagai Penghulu pada masa dahulu ialah;


              PENGHULU                                      NOMBOR DUA (2)
A)    Orang Tua Buai                                        En. Janggai B.                              

B)    Tawaki Bin Gagah                                 En. Bunana B. Janggai

C)    Orang Tua Janggai                                 Amir Hassan B. Gagah

D)    Bunana Bin Janggai                                Amir Hassan B. Gagah

E)     Amir Hassan Bin Gagah                     En. Saukoi B.  &  En. Anggarun B. Banua



      KETUA KAMPUNG                             NOMBOR DUA (2)                             
F)     Lokman Bin Jawa                               En. Musibah bin Tolomok
G)    Moyoko Bin Utai                                En. Tail bin Pinsil
H)    John bin Sabara (SEKARANG)        ?
            
Pada masa pemerintahan  sebagai Penghulu Kampung Purutawoi, Orang Tua Buai telahpun sudah menentukan persempadanan Kampung Purutawoi – Kuala Tongod (bahagian hilir) dan persempadanan Kampung Purutawoi – Kampung Tampasak (bahagian ulu). Di anggarkan keluasan Kampung Purutawoi melalui jalan air iaitu mengikut jalan pesisir pantai Sungai Kinabatangan - jika menggunakan Out-boat lebih kurang 10 liter petrol untuk jenis 15 YAMAHA. Antara nama-nama tempat dalam jajahan Kampung Purutawoi adalah seperti berikut: Dari hilir; Nikupang, Langa, Mangkaratong, Koko, Kinatinuan, Talibu(hilir), Barat, Nisuabon, Amas-amas, Talibu(ulu), Pangidoron, Gumantong, Lumantayap, Kimalapi, Kimantimus, Karabau, Kitatayan, Kinggaton, Kimamuwow, Purutawoi, Linuud, Kadadalong, Kalulumad Podok, Niapoi, Nisorob, Kitumuo dan Kalulumad Maayo.

Meskipun persempadanan sudah di tentukan di bahagian hilir dan ulu Kampung Purutawoi  namun kebebasan orang ramai untuk keluar masuk ke dalam kawasan Purutawoi tidak di sekat. Mungkin kerana pada waktu itu masih mengamalkan cara  hidup berpindah rendah  untuk aktiviti kegiatan pertanian. Mungkin atas sebab itu jugalah kenapa kawasan jajahan Kampung Purutawoi agak luas pada waktu itu. Orang luar yang bukan penduduk Kampung Purutawoi, juga di beri keistimewaan untuk masuk dan keluar dari kawasan Purutawoi untuk aktiviti pertanian sendiri. Kekuatan budaya bertolak ansur kepada sesama jiran pada waktu dahulu membuatkan keamanan tanpa perselisihan diantara jiran kampung amat terpelihara.

1 ulasan:

  1. *****
    MOHON JAWATAN PENGHULU PURUTAWOI DIKEKALKAN TRADISI SEBAGAI KETUA SEGALA KAUM KELAS KETUA ANAK NEGERI DARI KERAJAAN TANPA NO. 2 PENGHULU / PENGLIMA ATAS SEBAB ADANYA KETUA KAMPONG DAN NO. KEPADA KETUA KAMPUNG DAN PERHUBUNG ANTARA KETUA KAMPUNG DENGAN KERAJAAN JUGA WUJUD PERANAN PENGLIMA DAN PENGERUSI JKKK.
    BERMULA DARI TRADISI INI DI HARAP RAKYAT KAMPUNG SEJAHTERA, AMAN , MAKMUR SEPANJANG ZAMAN.
    *****

    BalasPadam