SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN KG.PURUTAWOI

Ahad, 15 Ogos 2010

ASAL-USUL NAMA KAMPUNG PURUTAWOI


ASAL-USUL NAMA KAMPUNG PURUTAWOI



Kampung Purutawoi merupakan sebuah kampung yang terletak di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah Tongod, Kinabatangan. Dari pada 15 buah kampung utama di sepanjang pesisir pantai Sungai Milian, Kampung Purutawoi merupakan antara kampung yang tertua dalam Daerah Tongod sejak sebelum Perang Dunia yang ke-2. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, nama Kampung Purutawoi wujud sempena sebuah pulau yang terdapat di tengah-tengah Sungai Milian. Pulau tersebut adalah antara pulau yang panjang dan lebar pada waktu itu Dianggarkan keluasan pulau tersebut lebih kurang 300 meter panjang x 75 meter lebar .
Dalam Bahasa Makiang, “Pulau” itu bermaksud PURU dan “Panjang lebar” itu  bermaksud ATAWOI.  Nama kawasan tersebut pada waktu dahulu masih dikenali sebagai PURU ATAWOI.
Namun ketika mendaftarkan nama tempat tersebut sebagai Satu Kampung, nama tersebut diringkaskan sebutanya sebagai PURUTAWOI seperti pada hari ini.

2 ulasan:

  1. tongod maju sudah bha skg

    BalasPadam
  2. ***


    1. Tongod maju sudah terima kasih> kau jangan tutup mata (nanti buta)

    2. Rakyat tongod dalam golongan miskin tegar (orang kelas kebajikan) kalau tiada kebajikan na... ????

    3. Mahu berdikarai pelihara anak anak banyak >owa tiada tanah sendiri tempat bercucuk tanam.

    tapi kamu fikir jangka panjang YA

    4. Sekarang Yang kaya raya siapa , Yang Berjawatan Tinggi siapa , Yang Berkuasa siapa , Yang ada Geran Tanah siapa ?

    Semuanya dikuasai orang pendatang bukan dari daerah tongod itu sendiri.!!!!!!!


    5. Buka mata Buka fikiran KAMU ituuu....

    Tuhan Penyelamat

    ***

    BalasPadam